Wali

Sbnrnya dah lama berniat utk menulis ttg entry kali ni, tp bru saat ini berkesempatan dan berkeinginan utk mencoret. A few months ago, sy dan kawan sy, Siti Amina keluar ke bandar untuk menguruskan beberapa perkara. Lokasi terakhir kami di MAIM singkatan bg Majlis Agama Islam Melaka terletak berdekatan dgn Masjid Al-Azim. Kami terus ke kaunter pertanyaan dan menuju ke pejabat pendaftaran nikah. Pengambilan surat kebenaran nikah ambil masa dalam 10 minit sbb diberi penerangan oleh org yg berurusan dekat situ. Sambil sy menunggu, tiba2 sy tertarik kpd seorang pelanggan yg sedang berurusan. Suara mereka agak jelas kedengaran maka sedikit sebyk saya tahu apa yg sedang diperkata.

“ Ayah awk sudah meninggal, datuk?”. Kakak (mungkin) tu geleng kepala. “awk ade abg?”. Sekali lg dia menggeleng. “xde jugak? ade adik beradik lelaki yg lain?. Kakak tu bersuara “ada, adik lelaki sy”. Pegawai tu tny lg “adik awk umur berapa?”. Kakak tu kate “ adik sy umur 11 tahun”…..

Bukan sy memasang telinga, tp oleh kerana di tempat awam dan ianya jelas, jd sy menganggapnya sbg ilmu yg perlu sy timba. Byk lg yg dikata tp sy lupe2 ingat.byk lupe dr ingat. WALI…itu tajuk yg sesuai tuk entry kali ni. Siapa wali ni? Setelah ada pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali menjadi org ptg dlm pernikahan sehingga termasuk dlm rukun nikah. Seperti yg kita sedia maklum, tanpa wali, pernikahan itu tidak sah dan tiada ikatan yg baru boleh dibina. Sekadar berkongsi, betapa pentingnya kuasa wali sehingga menjadi syarat utk bernikah. Susunan wali yg bermula dr bapa kandung, datuk sblh bapa ke atas dan seterusnya boleh digoogle kan. Byk permasalah ttg wali yg kita sendiri lihat cthnye wali yg sepatutnya tidak setuju dgn pernikahan, wali tidak dijumpai n sbgnya. Islam ada panduan dan kemudahan, jd segalanya permasalahan kembali pd ALLAH, pasti ada jalan penyelesaian. InsyaALLAH…

Org yg pertama berhak menjadi wali adalah bapa kandung pengantin perempuan. Setelah si bapa menyerahkan anaknya ke tgn pengantin llk, maka terpikullah satu tanggungjawab yg perlu digalas oleh si lelaki yg bergelar suami…

P/s: Kpd sesiapa yg bakal menjadi suamiku, setelah tgnmu menghulur, akad ditutur, ingatlah bahawa kau sudah berjanji untuk menggalas tgjwb ke atasku. Harapan moga janji itu dikota…wallahualam…

4 comments:



Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

"P/s: Kpd sesiapa yg bakal menjadi suamiku, setelah tgnmu menghulur, akad ditutur, ingatlah bahawa kau sudah berjanji untuk menggalas tgjwb ke atasku. Harapan moga janji itu dikota…wallahualam…"

Tersentak membaca pesanan akhir ini. Terfikir, apakah orang yang dipesan itu juga membaca blog ini? apa pun jazakAllah atas tulisan, sedikit sebanyak membuka pemikiran bagi mereka yang mahu mengambil peringatan..

khilkhir said...

sampai tersentak ye...hehe..Tg, hanya ALLAH yg tahu samada dia baca ataupun tidak.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Khai doakan la agar dia baca, insyaAllah Allah akan makbulkan ke nt..

khilkhir said...

hehe...insyaALLAH...andai tahu siapa orgnye...

Post a Comment