Surat untuk dia

Setelah menyelongkar forwarded email, jd sy paste di sini...mungkin ramai yg sudah pernah membacanya..tp anggap sahaja sbg bacaan semula di kala kebosanan. Kepada lelaki yg menyintai ALLAH, ini adalah surat untuk anda.


Wahai para wanita yang bergelar mu’minah solehah!!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan aku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana ALLAH telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.

Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak di depan mata.

Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau cuba menegurku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi kerana Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan, "Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab dihadapan ALLAH kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh ALLAH. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah ALLAH telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. ALLAH telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang sememangnya lemah ini telah diuji oleh ALLAH apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai-bagai dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku terasa seolah-olah kehidupanku yang tenang sebelum ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Loh Mahfuz, ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji ALLAH. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Jugajangan melampaui batasan yang telah ALLAH tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga…

Wassalam…

Apa kata survey?

Assalamualaikum dan selamat pg. Saya nk kongsi satu cerita pendek atau dgn kata lain sedikit dialog untuk anda nilai.

Azan Maghrib berkumandang lebih kurang 7.00 pm. Tepat jam 7.10 pm telefon di rumah berdering dan anak saudara sy Aliah yang menjawab panggilan tersebut.

Pemanggil : Hello, selamat petang
Aliah: Selamat petang
Pemanggil : Boleh saya bercakap dgn sesiapa yg berumur 18 tahun ke atas di rumah tu?
Aliah : Sekejap eh....Su, org ni nk ckp dgn sape2 yg berumur 18 tahun ke atas
Saya : Hello
Pemanggil : Hello selamat petang cik
Saya : Iye...
Pemanggil : Saya dr syarikat XXXXXXX ingin membuat kaji selidik mengenai isu XXX. Jadi boleh saya bercakap dgn cik sebentar?
Saya : Aaaa...minta maaf ye..sekarang ni waktu maghrib, sy nk sembahyang
Pemanggil : Oh...da masuk waktu ke cik?
Saya : Dah...skang da 7.10 kt sini da azan
Pemanggil : Sembahyang berjemaah ke?
Saya: Ye saya
Pemanggil : Kalau mcm tu xpela cik, sy akan telefon lain kali. Selamat petang
Saya : Ok. Selamat petang

Apa yang saya nk kongsi di sini, bukan mengenai kaji selidik atau pun saya sendiri. Tetapi dalam waktu sebegitu, si pemanggil masih membuat panggilan ke rumah2. Walaupun saya tidak dpt menjawab pertanyaan yg bkl diajukan, mungkin beliau masih lg membuat panggilan yg lain. Tidak saya nafikan ianya mungkin mengenai urusan kerja, tetapi waktu panggilan tersbut agak kurang sesuai. Tp sy tidak tahu pula seandainya si pemanggil bukan beragama islam, mungkin beliau tidak mengetahui ttg waktu2 sembahyang. Dr segi pembacaan dialog ringkas yg sy tulis, mungkin saudara saudari boleh mengklasifikasinya sendiri...Wallahualam..itu cuma pendapat saya...Bagaimana pula dgn anda?

Perjuangan...

Hari Khamis bersamaan 5 Nov 2009 merupakan tarikh penting buat sayangku siti..kenapa ya?sayangku siti nk ke mana?Masing2 ada agenda tersendiri, mahu perjuangkan masa depan.Tp...perjuangan apa?

sygku Siti Zubaidah binti Abdollah mahu berjuang di maktab perguruan perempuan melayu melaka, setelah melalui perjalanan hidup yg pjg sehingga peroleh ijazahnya di Okayama dan berakhir di sini demi keluarga tercinta. Masa depan untuk anak2 diutamakan...I salute u sis...

sygku Siti Rosilah binti Abdollah ingin berjuang di MRSM Terendak untuk membuktikan bahawa beliau juga boleh berjaya.I always support u kakakku. Kesabaran bermain dgnnya n i hope she will be fine. slamat berlakon ye...be the great...

n....



who is the last one?....


where is she?....


sygku Siti Khairiah binti Abdollah ingin meperjuangkan masa depannya setelah dia jatuh berulang kali dlm masa yg sama. Dia cuba entah utk kali ke berapa...Putrajaya will be waiting for her...She will be there dengan restu ibu dan ayah kerna dia xmahu melihat air mata ibu ayah mengalir lg.maafkanlah dia..


doakanlah sayangku siti ye...semoga mereka berjaya dlm perjuang mereka di hari tersebut. Buat sygku Sharifah binti Abdollah di tanah suci, we need ur doa, air matamu telah byk tumpah kerna diuji dgn musibah yg x smestinya semua org boleh menanggungnya...I've learned many things about redha n ikhlas from u my sis...

Buat abgku Mohd Fadzli bin Abdollah..although u are not wif us right now, but we still hope that u will be praying for us. Don't ever forget both of ur little sisters here.



p/s :doakan kami ya...

Isteri solehah


Isteri Solehah - Nazrey Johani

diterima dr seorang insan bergelar abg....

Jika aku jatuh hati




sy tertarik dgn video ini dan kata2nya...

Tinggi kedudukan wanita di sisi ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...Entry kali ni sy peroleh dr Cikgu Rubina a.k.a Siti Zubaidah Abdollah...


A thoughtful conversation to reflect

A Mufti sat next to a Reverend on a flight.

The Rev asked the Mufti: What is your occupation?

Mufti: I'm into big business

Rev: But what business exactly?

Mufti: I deal with God

Rev: Ah, so you're a Muslim religious leader. I have one problem with you Muslims, you oppress your women.

Mufti: How do we oppress women?

Rev: You make your women cover up completely and you keep them in the homes.

Mufti: Ah. I have a problem with you people, you oppress MONEY

Rev: What? How can one oppress money?

Mufti: You keep your money hidden away, in wallets, banks and safes. You keep it covered up. Why don't you display it in public if it's a beautiful thing

Rev: It will get stolen, obviously.

Mufti: You keep your money hidden because it is so valuable. We value the true worth of women far, far more. Therefore, these precious jewels are not on display to one and all. They are kept in honour and dignity.


SubhanALLAH..Begitu tinggi ALLAH meletakkan martabat seseorang wanita dalam ISLAM. sekian tuk kali ini..thanx tu cikgu rubina

Wali

Sbnrnya dah lama berniat utk menulis ttg entry kali ni, tp bru saat ini berkesempatan dan berkeinginan utk mencoret. A few months ago, sy dan kawan sy, Siti Amina keluar ke bandar untuk menguruskan beberapa perkara. Lokasi terakhir kami di MAIM singkatan bg Majlis Agama Islam Melaka terletak berdekatan dgn Masjid Al-Azim. Kami terus ke kaunter pertanyaan dan menuju ke pejabat pendaftaran nikah. Pengambilan surat kebenaran nikah ambil masa dalam 10 minit sbb diberi penerangan oleh org yg berurusan dekat situ. Sambil sy menunggu, tiba2 sy tertarik kpd seorang pelanggan yg sedang berurusan. Suara mereka agak jelas kedengaran maka sedikit sebyk saya tahu apa yg sedang diperkata.

“ Ayah awk sudah meninggal, datuk?”. Kakak (mungkin) tu geleng kepala. “awk ade abg?”. Sekali lg dia menggeleng. “xde jugak? ade adik beradik lelaki yg lain?. Kakak tu bersuara “ada, adik lelaki sy”. Pegawai tu tny lg “adik awk umur berapa?”. Kakak tu kate “ adik sy umur 11 tahun”…..

Bukan sy memasang telinga, tp oleh kerana di tempat awam dan ianya jelas, jd sy menganggapnya sbg ilmu yg perlu sy timba. Byk lg yg dikata tp sy lupe2 ingat.byk lupe dr ingat. WALI…itu tajuk yg sesuai tuk entry kali ni. Siapa wali ni? Setelah ada pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali menjadi org ptg dlm pernikahan sehingga termasuk dlm rukun nikah. Seperti yg kita sedia maklum, tanpa wali, pernikahan itu tidak sah dan tiada ikatan yg baru boleh dibina. Sekadar berkongsi, betapa pentingnya kuasa wali sehingga menjadi syarat utk bernikah. Susunan wali yg bermula dr bapa kandung, datuk sblh bapa ke atas dan seterusnya boleh digoogle kan. Byk permasalah ttg wali yg kita sendiri lihat cthnye wali yg sepatutnya tidak setuju dgn pernikahan, wali tidak dijumpai n sbgnya. Islam ada panduan dan kemudahan, jd segalanya permasalahan kembali pd ALLAH, pasti ada jalan penyelesaian. InsyaALLAH…

Org yg pertama berhak menjadi wali adalah bapa kandung pengantin perempuan. Setelah si bapa menyerahkan anaknya ke tgn pengantin llk, maka terpikullah satu tanggungjawab yg perlu digalas oleh si lelaki yg bergelar suami…

P/s: Kpd sesiapa yg bakal menjadi suamiku, setelah tgnmu menghulur, akad ditutur, ingatlah bahawa kau sudah berjanji untuk menggalas tgjwb ke atasku. Harapan moga janji itu dikota…wallahualam…

Apa ada pada tarian poco-poco

untuk entry ini sy copy dr www.rykarin.blogspot.com

PETIKAN DARI EMEL YANG DITERIMA...MENGUCAP PANJANG SELEPAS MEMBACA....YA ALLAH MOHON DI AMPUNKAN DOSA UMAT MU INI...

Ntah betul ke tidak wallahualam. ...

Dipanjangkan. .....

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar UmatIslam tidak berterusan didalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini. WALLAHUALAM"

Knp sygku siti?

Bismillahirrahmanirrahim...

org yg menulis bernama siti...
org yg mencetus idea bernama siti...
org yg menyokong juga bernama siti...
siapa???
Tiga org siti yg berbeza karakter...

Knp pula ideaadiea?
idea dtg dari adiea...
panggilan yg diberi...
siapa???
Seorang siti yg ku panggil akak...